fbpx

AI dalam domain pertahanan antara fokus ASEAN tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled ketika bercakap kepada pemberita selepas menghadiri sesi hari pertama REAIM 2024 di Seoul hari ini.

SEOUL, KOREA SELATAN – Isu penggunaan teknnologi kecerdasan buatan (AI) khususnya dalam domain pertahanan bakal menjadi antara tajuk yang akan diketengahkan apabila Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN 2025.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perbincangan itu akan dibuat bersama negara terlibat selepas Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan, sekali gus berupaya mewujudkan amalan tertentu pengunaan teknologi itu.

“Apabila jadi Pengerusi ASEAN tahun depan, kita akan masukkan tajuk penggunaan AI dalam domain pertahanan dan mahu ASEAN bincangkan.

“Kita perlu ada amalan-amalan, peraturan dan rujukan penggunaan AI dalam kawasan kita (ASEAN) supaya dapat kawal,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi hari pertama
Sidang Kecerdasan Buatan (AI) yang Bertanggungjawab dalam Bidang Ketenteraan (REAIM) 2024 di sini hari ini.

REAIM 2024 dianjurkan oleh Kementerian Luar dan Kementerian Pertahanan Korea Selatan, selain dianjurkan secara bersama oleh Belanda, Singapura, United Kingdom dan Kenya, manakala deligasi Malaysia bersama lebih 90 negara lain adalah sebagai negara jemputan.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada ketiga-tiga cabang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mula menggunakan teknologi AI dalam ketenteraan, Mohamed Khaled berkata, AI sedang digunakan, tetapi ia belum meluas.

Katanya, penggunaan teknologi AI akan meningkatkan ketepatan dan keberkesanan dalam membuat keputusan ATM, kerana ia melibatkan isu keselamatan dan kedaulatan negara.

“Oleh itu, kementerian perlu merancang dengan sangat terperinci untuk pelaksanaan teknologi AI di peringkat ATM.

“Penggunaan teknologi AI dalam ketenteraan seharusnya hadir di ketiga-tiga cabang ATM dan ia mesti dipandu oleh pengguna akhir.

“Kami juga perlu mempertimbangkan kapasiti untuk membangunkan teknologi AI dalam negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI