PASIR GUDANG – Sebanyak 26 motosikal yang diletakkan di kawasan parkir sebuah kilang di Jalan Pekeliling di sini, musnah terbakar pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 9.30 pagi.
Katanya, kebakaran motosikal milik pekerja kilang itu berjaya dipadamkan dengan bantuan pihak bomba Pasir Gudang pada pukul 10.30 pagi.
“Bagaimanapun, kejadian yang berlaku itu tidak mengakibatkan sebarang kemalangan nyawa,” katanya kepada pemberita hari ini.
Anggaran kerugian yang dialami pemilik motosikal dianggarkan RM78,000 dan punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE