fbpx

Arsenal berisiko hilang pemain bintang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALIBA kini menjadi buruan utama Real bagi memperkukuh benteng pertahanan gergasi Sepanyol itu. - AFP

MADRID – Real Madrid dilaporkan berminat untuk membawa masuk tonggak pertahanan tengah Arsenal, William Saliba dengan perkembangan terbaharu menunjukkan perpindahan itu semakin hampir menjadi kenyataan.

Saliba yang dibeli Arsenal dengan harga £27 juta (RM153.45 juta) dari Saint-Etienne, pernah dipinjamkan sebanyak tiga kali ke kancah Ligue 1 sebelum diserap sepenuhnya ke dalam skuad utama The Gunners.

Keputusan Arsenal untuk meminjamkannya membuahkan hasil apabila Saliba dinobatkan sebagai Pemain Muda Terbaik Ligue 1 semasa bersama Marseille pada musim 2021/22, sekaligus meyakinkan Mikel Arteta untuk mengekalkannya sejak daripada itu.

Pada usia 23 tahun, Saliba telah berkembang menjadi salah seorang pertahanan tengah terbaik dunia dengan membentuk gandingan mantap bersama Gabriel Magalhaes di posisi berkenaan.

Namun, peningkatan prestasinya kini menarik minat gergasi Sepanyol, Real Madrid yang memerlukan nafas baharu di barisan pertahanan mereka sekali gus memberikan cabaran besar untuk mengekalkan bintang tersebut

Laporan mendedahkan bahawa Madrid sedang mencari pengganti jangka panjang untuk pemain pertahanan veteran mereka seperti Antonio Rudiger (31 tahun) dan David Alaba (32 tahun), selain mengisi kekosongan yang ditinggalkan Nacho selepas berhijrah ke Arab Saudi musim panas lalu.

Buat masa ini, ketua jurulatih Real, Carlo Ancelotti masih boleh bergantung kepada Eder Militao, namun jika Los Blancos ingin memperkukuhkan lagi barisan pertahanan mereka, Saliba dianggap sebagai pilihan tepat untuk projek jangka panjang tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI