fbpx

Warga asing bawa 720 kg gula secara haram ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki warga Pakistan ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) berikutan membawa barang kawalan gula pasir tanpa lesen atau permit dalam 'Op Taring Landai' Jumaat lalu di Jalan Kuala Putatan Satu.

KOTA KINABALU – Seorang lelaki warga Pakistan ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) berikutan membawa barang kawalan gula pasir tanpa lesen atau permit dalam ‘Op Taring Landai’ pada Jumaat lalu.

Menerusi penahanan suspek berusia 26 tahun itu, sebanyak 720 kilogram (kg) gula pasir dirampas dalam kenderaan jenis Toyota Avanza ketika melalui Jalan Kuala Putatan Satu.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Kota Kinabalu, Asisten Superintendan Roslee Abd Rahman berkata, pihaknya mengekori sebuah kenderaan dari arah Kinarut menuju ke Putatan dalam keadaan mencurigakan.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, anggota bertugas mengarahkan kenderaan terbabit untuk berhenti di tepi jalan kerana disyaki menjalankan kegiatan penyimpanan dan membawa barangan kawalan.

“Sejurus kenderaan itu berhenti, pasukan operasi membuka pintu kereta untuk pemeriksaan dan menemui longgokan gula kasar berlabel barang kawalan Malaysia yang disimpan di bahagian belakang kenderaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan turut mendapati suspek tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah selain tiada lesen memandu ketika membawa kenderaan di tempat awam.

“Pemeriksaan lanjut juga mendapati suspek tidak mempunyai lesen atau permit untuk menyimpan dan membawa gula kasar dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“Nilai keseluruhan rampasan RM47,102. Tangkapan dan rampas barang berkenaan dibawah Akta Kawalan Bekalan kerana tiada permit yang sah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI