fbpx

Tiga anak buang ibu lumpuh selepas kaut harta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bollo bersama adiknya, Daeng Sompa (kiri) yang menguruskan keperluan hariannya. – Suara.com

JAKARTA – Seorang wanita memilih untuk tinggal di dalam sebuah pondok sempit seluas 4 meter persegi selepas tiga anak­nya enggan menjaganya, lapor portal berita Suara.com semalam.

Lebih memilukan, Daeng Bollo yang berumur 56 tahun di­katakan lumpuh selepas terkena serangan angin ahmar kira-kira tiga tahun lalu.

Wanita itu yang berasal dari Kabupaten Gowa, Sulawesi Selatan sudah tinggal dalam pondok sempit tersebut sejak tujuh bulan lalu.

Adiknya, Daeng Sompa berkata, Bollo pernah dijaga dan tinggal bersama anak-anaknya sebelum mereka menyatakan enggan menjaga wanita itu lagi.

“Anak-anak itu tidak sanggup menjaga ibu mereka yang sebenarnya memerlukan perhatian. Mereka juga memberi ugutan untuk membuang Bollo di tepi jalan jika ahli keluarga lain enggan mengambilnya.

“Saya mengajak Bollo tinggal bersama di rumah tetapi dia tidak mahu menyusahkan keluarga saya. Jadi, saya bina satu pondok kecil dekat rumah (saya) untuk dia berteduh,” katanya kepada Suara.com.

Bollo yang lumpuh bergantung pada ihsan keluarga dan jiran tetangga untuk menguruskan keperluan hariannya. – Fajar.id

Sompa menambah, Bollo semasa sihat pernah memiliki rumah dan tanah tetapi semua harta itu dijual oleh anak-anaknya.

Malah anak-anak itu turut didakwa mengambil semua barang kemas milik ibu mereka.

“Buat masa sekarang, saya uruskan semua makan dan minum Bollo kerana dia tidak mampu bergerak sendiri.

“Saya masih berharap pintu hati anak-anak Bollo terbuka untuk kembali menjaga ibu mereka yang semakin uzur,” ujarnya.

Kisah Bollo yang tular di media sosial telah mendapat perhatian beberapa badan kebajikan termasuk Persatuan Kebajikan Wartawan yang berkunjung ke pondok itu kelmarin untuk me­nyampaikan bantuan keperluan asas dan pakaian. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI