fbpx

Pemuda lumpuh dihempap dinding surau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaliha menjaga anaknya yang terlantar lumpuh akibat dihempap dinding konkrit ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Tepoh, Kuala Nerus baru-baru ini.

KUALA NERUS – Kehidupan seorang mekanik berubah 360 darjah setelah dihempap din­ding konkrit sebuah surau di Kampung Buluh Gading di sini, kira-kira tujuh bulan lalu, sekali gus tidak lagi dapat membantu keluarga.

Abdul Mukmin Awang, 34, berkata, kemalangan itu menyebabkan tulang pinggulnya patah, sebahagian usus dan pundi kencingnya pecah, manakala hati serta paru-parunya turut menghadapi komplikasi.

Katanya, sewaktu kejadian pada 11 Februari lalu itu, dia sedang membantu ayahnya sebagai tukang rumah untuk membaiki surau tersebut.

“Insiden berlaku dengan pantas, tiba-tiba dinding surau runtuh.

“Saya terpaksa menjalani tiga pembedahan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu,” katanya di rumah­nya di Kampung Tepuh di sini baru-baru ini.

Abdul Mukmin memberitahu, peristiwa hitam itu telah merubah hidupnya yang kini hanya mampu terlantar dan bergantung harap sepenuhnya kepada ibu, Zaliha Chik, 61, dan adik-beradik lain untuk menguruskan diri.

Anak ketiga daripada sembilan beradik tersebut berkata, tambah menyedihkan, kerosakan usus dialami menyebabkan dia memerlukan kantung khas untuk membuang air besar dan kecil.

“Dahulu saya mampu bekerja untuk meringankan keluarga, tetapi kini tidak berdaya lagi.

“Pendapatan keluarga keba­nyakannya bergantung penuh kepada ayah dengan purata RM900 sebulan,” ujarnya.

Menurut Abdul Mukmin, kos perubatannya termasuk lampin pakai buang, susu khas dan berulang-alik ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terenggganu untuk rawatan susulan mencecah RM2,000 sebulan.

Dia sedar ayahnya kesempitan wang, apatah lagi sebahagian adiknya masih bersekolah dan menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi.

“Syukur ibu sebagai penjaga saya layak menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM500 sebulan,” ujar­nya.

Orang ramai yang bersimpati boleh menyalurkan sumbangan di akaun bank Abdul Mukmin bernombor 11227300194424 (RHB Bank) atau menghubungi­nya di talian 017-9273477.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI