fbpx

Pelancong mencuri di lapangan terbang didenda RM16,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail Lapangan Terbang Changi. - Foto AFP

SINGAPURA – Pihak berkuasa Singapura mendenda seorang warganegara Britain sebanyak SG$5,000 (RM16,620) kerana mencuri dari beberapa buah kedai semasa transit di Lapangan Terbang Changi ketika dalam perjalanan ke Bali, Indonesia, lapor laman berita VnExpress.

Tanya Bridget Hughes, 36, mengaku bersalah atas tiga pertuduhan mencuri di sebuah mahkamah pada Khamis lalu, lapor laman berita Channel News Asia.

Insiden itu berlaku pada 31 Mei lalu ketika Hughes tiba di Terminal 4, Lapangan Terbang Changi untuk menunggu penerbangannya.

Semasa berada di lapangan terbang itu, dia mengunjungi beberapa buah kedai jenama mewah.

Rakaman kamera pengawasan menunjukkan Hughes mencuri pelbagai barangan termasuk kosmetik, bantal leher dan produk lain, dengan nilai keseluruhan melebihi S$600 (RM1,994).

Kecurian itu berlaku dalam tempoh hampir dua jam.

Namun, dia ditangkap ketika mencuri sebelum ditahan oleh pengawal keselamatan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI