fbpx

EPL: Ugarte bukti sedia bantu Man. United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UGARTE berjaya mempamerkan aksi cemerlang bersama Uruguay ketika aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Paraguay kelmarin. - AFP

MANCHESTER – Pemain tengah baharu Manchester United, Manuel Ugarte memberikan isyarat jelas bahawa dia bersedia untuk terus berada dalam kesebelasan utama pasukan itu dengan aksi yang dipamerkan bersama Uruguat pada aksi kelayakan Piala Dunia 2026.

Perlawanan menentang Paraguay di Stadium Centenario, Montevideo kelmarin menyaksikan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan, namun Ugarte dianggap antara pemain yang berjaya mempamerkan aksi cemerlang.

Dia menjalankan tugasnya sebagai pemain tengah bertahan dengan baik menerusi beberapa hadangan selain berjaya merencanakan serangan balas pantas Uruguay dengan baik sebelum dibawa keluar pada minit ke-79.

Persembahan itu menyaksikan Ugarte bakal mendapat minit permainan untuk satu lagi aksi melibatkan Uruguay apabila mereka akan turun menentang Venezuela awal pagi Rabu ini sekali gus membuktikan dia berada dalam keadaan cergas untuk membantu United.

Pemain berusia 23 tahun itu melengkapkan perpindahan ke Old Trafford pada minggu terakhir jendela perpindahan dan menjadi pemain terbaharu kelima dibeli United, namun tidak sempat diturunkan ketika aksi menentang Liverpool.

Ketika Casemiro yang beraksi di posisi tengah bertahan gagal menjalankan tugasnya dengan baik ketika menentang Liverpool, peluang Ugarte untuk beraksi pada perlawanan berikutnya dianggap lebih cerah.

Bagaimanapun, pengendali pasukan, Erik Ten Hag sebelum ini mengakui agak keberatan untuk meletakkan Ugarte dalam kesebelasan utama ketika aksi menentang Southampton di St. Mary pada Sabtu ini kerana bimbang dengan tahap kecergasannya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI