fbpx

Pandangan Teresa mewakili kebimbangan bukan Islam – Anthony

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony (dua dari kiri) ketika menghadiri Konvensyen Biasa DAP Negeri Perak Ke-20 di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC), Ipoh, hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – DAP secara dasarnya menyifatkan kenyataan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim berhubung isu pensijilan halal sebagai mewakili kebimbangan masyarakat bukan Islam di negara ini.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, pandangan itu diberikan hasil makluman pemilik-pemilik restoran bukan Islam yang bimbang perniagaan mereka diwajibkan mendapat pensijilan halal.

“Sebagai Ahli Parlimen, beliau memang sudah ada tanggungjawab untuk menyatakan pandangan yang mungkin diperolehi daripada pengundi-pengundinya.

“Itu sebabnya beliau menyatakan kebimbangan sedemikian. Apa yang dilontarkan itu satu kebimbangan daripada masyarakat, khususnya masyarakat bukan Islam,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Biasa DAP Perak ke-20 di Pusat Konvensyen Ipoh, di sini hari ini.

Katanya lagi, isu tersebut tidak sewajarnya dipolemikkan kerana masih dalam peringkat cadangan dan belum lagi diangkat untuk pertimbangan jemaah menteri.

“Perkara tersebut pastinya melibatkan pindaan kepada beberapa undang-undang sebaik berada di peringkat keputusan kelak. Biasalah dalam negara kita ini, banyak isu-isu dipolemikkan. Ini mungkin daripada pemimpin-pemimpin yang bukan duduk dalam kerajaan.

“Sedangkan kita yang berada dalam kerajaan sudah tentu ingin bincang dan selesaikan dalam peringkat kerajaan melalui jemaah menteri,” katanya.

Baru-baru ini, media melaporkan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengkaji cadangan untuk mewajibkan restoran dan syarikat makanan di negara ini memiliki sijil halal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI