fbpx

Polis buru suspek tembakan di lebuh raya Kentucky

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lalu lintas terhenti di Interstate 75 semasa insiden tembakan berhampiran London, Kentucky semalam. - AFP

LONDON, KENTUCKY – Lima individu ditembak di sepanjang sebuah lebuh raya di negeri Kentucky, Amerika Syarikat (AS), ketika polis memburu suspek yang dianggap ‘bersenjata dan berbahaya.’

Datuk Bandar London, Kentucky, Randall Weddle memberitahu media tempatan bahawa selain mereka yang cedera ditembak, beberapa mangsa lain turut cedera dalam kemalangan kereta yang berpunca daripada tembakan tersebut.

Tembakan itu tidak dilakukan secara rambang, katanya kepada Louisville Courier Journal, manakala seorang juruhebah radio melaporkan bahawa ia dicetuskan oleh dua kereta yang terlibat dalam pertengkaran.

“Penembak yang disyaki, melepaskan tembakan ke arah Interstate 75 dari kawasan hutan di luar lebuh raya berkenaan,” kata Weddle.

Terdapat berbilang kecederaan dalam keadaan parah tetapi tiada kematian yang disahkan, lapor stesen berita tempatan, WYMT.

Pihak berkuasa sedang mencari suspek, Joseph Couch, 32. Dia dianggap sebagai ‘individu berkaitan’ dalam tembakan tersebut.

Jurucakap Polis Negeri Kentucky, Scottie Pennington berkata di laman Facebook: “Kami menggesa orang ramai untuk kekal berada di rumah.”

Dia kemudian memberitahu Louisville Courier Journal bahawa pihaknya tidak tahu di mana (suspek) berada. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI