fbpx

‘Ada anak nanti, saya janji berikan perhatian secukupnya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELEPAS setahun mendirikan rumah tangga, Fadlan akui sedang merancang untuk memiliki cahaya mata.

KUALA LUMPUR – Selepas setahun mendirikan rumah tangga dengan wanita berasal dari Kazakhstan, pelakon Fadlan Hazim mengakui sedang merancang untuk memiliki cahaya mata.

Sedar semakin berusia, Fadlan dan isterinya, Aiya Mukhamedsalova mahu memiliki sekurang-kurangnya dua orang anak.

“Saya dan isteri sedang mencuba. Sekarang umur saya sudah 32 tahun, lagi lapan tahun bakal memasuki umur 40 tahun. Memang sedang elok kalau saya ada anak sekarang.

“Kami rancang mahu seorang atau dua orang sahaja anak. Senang kalau nak pergi pulang balik kampung ke Kazakhstan nanti,” kata Fadlan.

Bukan tidak percaya pada rezeki, kata Fadlan, pilihan untuk memiliki dua orang anak adalah atas faktor hendak memberi tumpuan sama rata.

“Saya membesar bersama empat orang adik- beradik. Ibu bapa membesarkan kami okey sahaja dari segi makanan dan keperluan. Cuma, saya nampak mereka sukar memberi kasih sayang dan perhatian kepada kami secara sama rata,” tuturnya yang ditemui majlis pembukaan pusat kecergasan Elitez Mont Kiara, semalam.

Pelakon filem Sangkar itu turut memberitahu, dia akan cuba menjadi bapa yang baik dan memberikan perhatian secukupnya apabila menimang cahaya mata kelak.

“Seandainya saya ada cahaya mata nanti, saya akan cuba memberi perhatian yang cukup. Walaupun sibuk dengan jadual kerja, saya akan memastikan dapat membahagi masa dengan baik.

“Saya tidak mahu apa yang saya lalui dahulu berulang pada anak-anak saya kelak,” katanya.

Fadlan dan Aiya selamat mendirikan rumah tangga pada 16 Julai tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI