fbpx

‘Terlalu banyak taska di Melaka, berdaftar hanya 137’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KALSOM (dua dari kanan) menziarahi Mohd. Fikry dan Sabrina di Taman Kelemak Utama, Alor Gajah, Melaka. - Foto oleh AMRAN MULUP / KOSMO!

MELAKA – Kerajaan negeri akan menjalankan proses pemutihan taman asuhan kanak-kanak (taska) yang dilihat muncul terlalu banyak dalam sesuatu masa bagi memastikan hanya institusi berdaftar dibenarkan beroperasi.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri, Datuk Kalsom Noordin berkata, ketika ini hanya 137 taska yang disahkan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) iaitu 101 di daerah Melaka Tengah, 17 di Alor Gajah dan 19 di Jasin.

Menurutnya, kejadian maut melibatkan seorang bayi lelaki lapan bulan, Muhammad Al Fateh Amri Mohd. Fikry Amri di Taman Kelemak Utama di sini, semalam merupakan kes kedua dilaporkan berlaku di Melaka.

“Sebenarnya saya mendapat laporan ada banyak taska di Melaka, namun yang berdaftar dengan JKM hanya 137 sahaja.

“Justeru kita akan buat pemutihan dengan kadar segera bagi mengenal pasti taska yang tidak berdaftar,” katanya ketika ditemui selepas menziarahi pasangan Mejar Ir. Ts. Mohd. Fikry Amri Abdul Halim, 39, dan Sabrina Hakiem Zaini, 39, di Taman Kelemak Utama, hari ini.

Tambahnya, ibu bapa dan golongan penjaga juga dinasihatkan untuk memeriksa latar belakang taska terlebih dahulu di laman web JKM yang menyediakan senarai taska berdaftar.

Ujar Kalsom, dalam kejadian pertama sebelum ini, punca kematian mangsa juga adalah lemas di mana mangsa ditidurkan dengan cara dibedung, disumbat botol susu dan ditutup dengan kain.

“JKM akan memanggil semua pengusaha taska dan pengasuh taska untuk diberikan latihan yang betul menerusi program advokasi tidak lama lagi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI