fbpx

Pelantun lagu Cinta Pandang Pertama selamat nahas, rakan maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Nuraisyatul Humairah

TANJUNG MALIM – Penyanyi, pelakon dan komposer Reedzwann, 23, terselamat dalam nahas selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 363.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah Selatan, Trolak di sini pada pukul 6.23 pagi tadi.

Nahas itu menyebabkan rakannya yang juga penumpang hadapan MPV jenis Nissan Serena, Nuraisyatul Humairah Mohd Radzi, 20, maut di tempat kejadian.

“Mohon ampunkan segala dosa Allahyarham dan doakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh,” kata Reedzwann dalam hantaran Instagram peribadinya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd. Hasni Mohd. Nasir berkata, Reedzwann atau nama sebenarnya Muhammad Khairol Ridhuan Khairol Husni bersama mangsa dalam perjalanan dari Jelutong, Pulau Pinang menuju ke Puchong, Selangor.

“Siasatan awal mendapati MPV terbabit cuba mengelak lori jenis Hino Rigid yang berada dihadapannya lalu melanggar bahagian belakang kanan kenderaan terbabit.

“Akibat perlanggaran tersebut, kedua-dua kenderaan telah terpusing dan terbabas. Mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Katanya lagi, dua kelindan lori berumur 20 dan 27 tahun mengalami kecederaan telah dihantar ke Hospital Slim River untuk menerima rawatan lanjut.

“Mayat mangsa dihantar ke hospital sama untuk dibedah siasat manakala pemandu MPV dan pemandu lori berusia 43 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan. Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Nama Reedzwann mula meledak selepas merakamkan lagu single sulung ciptaannya yang berjudul Cinta Pandang Pertama yang dimuat naik di laman Youtube yang sehingga kini mencatatkan lebih 14 juta tontonan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI