fbpx

Warga emas lemas semasa cari ikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

TAPAH – Seorang lelaki warga emas berumur 61 tahun maut lemas semasa mencari ikan berhampiran Jambatan Jalan Menderang, Kampung Buntong, Sungkai, Bidor di sini kira-kira pukul 1.43 petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa dipercayai melakukan aktiviti mencari ikan dan dipercayai lemas.

Katanya, semasa bomba sampai di tempat kejadian, mangsa telah berjaya diselamatkan oleh tiga penduduk kampung.

“Bomba yang tiba di tempat kejadian diarahkan oleh komander operasi untuk membuat perawatan kecemasan kepada mangsa.

“Bagaimanapun, mangsa telah meninggal dunia oleh pihak perubatan sebelum mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd. Naim Asnawi mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan lanjut sedang dilakukan pihaknya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI