fbpx

Penunggang motosikal berpura-pura dilanggar untuk minta wang  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan penunggang motosikal itu meminta wang daripada pemandu. - Instagram 

JAKARTA – Seorang penunggang motosikal di Indonesia mengundang kecaman orang ramai selepas berpura-pura dilanggar untuk mendapatkan wang, lapor saluran berita Tribunnews semalam. 

Menerusi rakaman di platform Instagram oleh akaun @infocegatansukoharjo, penunggang itu dilihat mengekori sebuah kereta sebelum berhenti di sebelahnya semasa lampu isyarat merah.

Dia kemudian mengetuk tingkap lalu memberitahu pemandu bahawa dia telah dilanggar dan meminta sejumlah wang sebagai pampasan. 

Kerana tidak dilayan, lelaki itu segera beredar. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 157,000 tontonan dan menimbulkan kemarahan ramai netizen. 

“Minta wang untuk bayar insurans (motosikal),” sindir seorang netizen. 

“Semua orang di dalam kereta kelihatan besar (badan), dia (penunggang) mesti tidak berani untuk bergaduh,” sindir netizen lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI