fbpx

F1: Kedudukan Russell tidak terjamin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUSSELL perlu bersaing sengit dengan Antonelli musim depan sekiranya Mercedes meneruskan minat terhadap Verstappen. - AFP

LONDON – Bekas juara dunia Formula Satu (F1), Nico Rosberg telah memberi amaran bahawa George Russell mungkin ‘tidak selamat” bersama Mercedes jika pasukan tersebut kembali tertarik untuk menandatangani Max Verstappen menjelang musim 2026 nanti.

Mercedes telah mengesahkan barisan pelumba mereka musim depan sewaktu Grand Prix (GP) Itali pada hujung minggu lalu, dengan Andrea Kimi Antonelli dinaikkan pangkat sebagai rakan sepasukan baru Russell selepas Lewis Hamilton membuat keputusan menyertai pasukan Ferrari.

Mercedes memilih untuk menandatangani bintang remaja berbakat dari Itali, Antonelli setelah gagal menarik minit Verstappen dari Red Bull, tetapi ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff tidak menyembunyikan hasratnya untuk menandatangani juara dunia tiga kali berturut-turut tersebut.

Verstappen ketika ini masih terikat kontrak dengan Red Bull sehingga akhir 2028, tetapi pemandu Belanda tersebut berada dalam keadaan emosi tidak stabil berikutan aksi hambar pasukan tersebut yang masih gagal meraih sebarang kemenangan dalam enam pusingan.

Dengan tempoh kontrak Antonelli yang tidak dinyatakan dan kontrak Russell yang bakal tamat pada akhir musim depan, Rosberg yakin F1 2025 akan menjadi perebutan antara pelumba Mercedes sedia ada untuk peluang menjadi rakan sepasukan Verstappen.

“George (Russell) tidak selamat sama sekali kerana Toto (Wolff) masih mahu Max (Verstappen) dan dia akan mencuba lagi untuk 2026 kerana tiada istilah menyerah buat Toto.

“Jika Max benar-benar bersedia untuk ke Mercedes, saya rasa George dan Kimi akan bersaing mendapatkan kerusi panas tersebut. Sudah pasti, tekanan terarah kepada George kerana dia perlu tampil lebih baik berbanding pemandu berusia 18 tahun iaitu Kimi.

“Apa yang boleh saya katakan, ini bukan situasi yang mudah untuk George pada tahun depan,” kata Rosberg. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI