fbpx

Pestabola Merdeka: Cools sudah bosan gelaran naib juara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
COOLS

KAPTEN skuad kebangsaan, Dion Cools enggan pisang berbuah dua kali dengan memastikan Harimau Malaya dapat menjulang trofi Pestabola Merdeka pada aksi final bertemu Lebanon di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Kata Dion, barisan pemain agak terdesak untuk memastikan kilauan trofi dapat dihadiahkan kepada penyokong sekali gus menamatkan penantian panjang Harimau Malaya selepas kali terakhir bergelar juara edisi 2013.

“Saya sudah beraksi di pentas final dua kali (sejak mewakili skuad Harimau Malaya) dan sudah tentu kali ini saya mahukan keputusan yang berbeza dengan membawa pingat kejuaraan.

“Mungkin apa yang saya katakan agak kontroversi, secara peribadi saya tidak mahu simpan pingat naib juara.

“Saya pasti semua pemain menjadikan aksi final kali ini sebagai satu cabaran kerana kita juga mahu hadiahkan kejayaan kepada peminat Harimau Malaya nanti,” katanya pada sidang media di Subang Jaya semalam.

Sejak Dion mewakili Harimau Malaya pada 2021, skuad negara sudah beraksi di pentas final Piala Raja Thailand edisi 2022 dan Pestabola Merdeka 2023 dengan kedua-dua perlawanan berakhir dengan keputusan mengecewakan.

Sementara itu, pemain kelab Buriram United turut itu memuji padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang dianggap antara yang terbaik sejak beberapa tahun lepas.

“Secara jujur, saya rasa keadaan padang kali ini cukup baik dan membolehkan kami bermain seperti yang dimahukan.

“Tidak keterlaluan untuk saya katakan ini adalah situasi padang yang terbaik sejak saya bersama pasukan,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI