fbpx

Kalau benar Fazura, Fattah…satu Malaysia bersedih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMAI mendoakan rumah tangga pasangan kesayangan ramai ini kembali indah dan harmoni seperti sediakala.

DAKWAAN keretakan rumah tangga pasangan popular Fazura dan Fattah Amin nampaknya belum berakhir. Setiap hari pasti ada sahaja cerita tentang rumah tangga mereka menjadi bahan bualan netizen dalam media sosial.

Mana tidaknya, Fazura pula sering mengundang buah mulut ramai apabila memuat naik perkongsian memberi bayangan kehidupan dan rumah tangganya.

Di sebalik semua perkongsian tersebut, rupa-rupanya ramai mendoakan agar rumah tangga pasangan itu kekal sehingga ke akhir hayat. Malah ramai yang mengakui akan berduka sekiranya khabar angin tersebut benar-benar berlaku.

“Aku doakan khabar angin mereka baik-baik sahaja. Janganlah ikut jejak artis lain cerai-berai.

“Satu Malaysia akan bersedih kalau mereka berpisah, harap semua itu hanya spekulasi tidak benar sahaja,” komen netizen.

DIVA: Ramai harap Syamsul Yusof kembali pada Puteri Sarah. Rasa-rasanya macam tak mungkin terjadi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI