GRAZIANO PELLE
JUVENTUS dilaporkan menyenaraikan bekas pemain antarabangsa Itali ini sebagai pemain sasaran untuk meningkatkan kemampuan jentera serangan mereka. Penyerang Shandong Luneng berusia 35 tahun ini turut menjadi buruan AC Milan dan Inter.
ROBIN OLSEN
PENGURUS Everton, Carlo Ancelotti mahu mendapatkan penjaga gol simpanan mereka ini secara kekal dari AS Roma. Pemain antarabangsa Sweden ini berada di Goodison Park dengan status pinjaman jangka panjang dan aksinya mula memikat Ancelotti untuk dia terus kekal.
HARRY KANE
MANCHESTER City enggan mengalah sebelum mencuba apabila menyiapkan dana berjumlah £90 juta (RM495 juta) untuk membuatkan Tottenham Hotspurs melepaskan penggempur utamanya itu ke Etihad bagi mengambil alih tugas Sergio Aguero yang kerap dilanda kecederaan.
SAM JOHNSTONE
TOTTENHAM Hotspur percaya penjaga gol mereka, Hugo Lloris berkemungkinan akan kembali bersama Mauricio Pochettino yang mengemudi PSG. Justeru, mereka menamakan Johnstone dan penjaga gawang No.2 Manchester United, Dean Henderson sebagai pengganti.
SERGIO ROMERO
BRIGHTON dikhabarkan bersedia untuk memberikan peluang Romero terus kekal di England selepas mereka membenarkan penjaga gol mereka, Matt Ryan meninggalkan kelab itu. Ryan gagal mempamerkan aksi cemerlang sehingga hilang status pemain utama di kelab itu.