PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang akan melanda tujuh negeri sehingga 1 tengah hari pada hari ini.
Menerusi satu kenyataan, MetMalaysia menjelaskan, amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Terengganu.
“Cuaca sama dijangka melanda seluruh kawasan di negeri Perlis dan Pulau Pinang.
“Di Kedah pula melanda beberapa kawasan iaitu Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan dan Kuala Muda,” lapor MetMalaysia hari ini.
Tambahnya, beberapa tempat di Selangor juga dijangka melanda Kuala Langat dan Sepang.
“Turut menerima cuaca sama di negeri Sembilan iaitu di Seremban, Port Dickson dan Rembau.
“Di Melaka pula melanda kawasan seperti Alor
Gajah dan Melaka Tengah,” jelasnya.
Sementara itu, MetMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE