TOKYO – Seorang wanita di Jepun terkejut apabila dia tidak menemui bahagian kuning ketika memecahkan sebiji telur rebus, lapor portal berita MSNews semalam.
Penemuannya dimuat naik di media sosial sekali gus menjadi tular dan menarik minat ramai netizen.
Video wanita itu telah menarik lebih 3 juta tontonan dan 88,000 tanda suka di media sosial.
Ia mendapat lebih 140 komen daripada netizen yang mahu mengetahui lebih lanjut mengenai telur misteri itu.
Dia juga menyiarkan beberapa kemas kini untuk menjelaskan pertanyaan tentang masalah tersebut.
Wanita itu berkongsi bahawa dia telah membeli telur tersebut di sebuah pasar tani di Itoman, Okinawa.
Bagaimanapun, menurut netizen, telur itu tidak mempunyai bahagian kuning adalah hasil daripada ayam-ayam yang diberi hanya makanan nasi.
Menurut laman web Allrecipes.com, warna kuning telur dipengaruhi secara langsung oleh makanan ayam.
Kuning telur itu diperoleh kerana ayam betina memakan makanan yang kaya dengan xanthophylls dan provitamin A. – AGENSI