fbpx

EPL: Arsenal bimbang kecergasan Odegaard

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ODEGAARD

OSLO – Arsenal mengharapkan kaptennya, Martin Odegaard dapat mengelak daripada mengalami sebarang kecederaan serius dalam dua aksi antarabangsa bersama Norway menentang Kazakhstan dan Austria bagi saingan Liga Negara-Negara Eropah bulan ini.

Jika perancang tengah itu terpaksa disisihkan, ia sesuatu yang amat merugikan buat Arsenal kerana bakal berdepan tiga lawan sukar berturut-turut dalam tempoh seminggu.

The Gunners dijadualkan bertemu Tottenham Hotspur untuk aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada 15 September ini diikuti perlawanan pertama Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Atalanta (20 September) dan kemudiannya Manchester City (22 September).

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta pastinya mengharapkan kem Norway dapat memastikan kecergasan Odegaard sentiasa berada pada tahap terbaik selepas dia dilaporkan mengalami pelanggaran dengan rakan senegaranya dalam sesi latihan kelmarin.

“Saya tak merasakan Odegaard mengalami masalah (kecederaan) disebabkan aksi Arsenal bertemu Brighton sebelum ini. Saya fikir ia satu masalah yang lain,” kata pengendali Norway, Stale Solbakken.

Bagaimanapun, Solbakken percaya bekas bintang Real Madrid itu tiada masalah untuk mengekalkan tahap kecergasan terbaiknya hanya disebabkan satu pelanggaran ‘ringan’ dalam sesi latihan.

“Dia menunjukkan perkembangan yang cukup hebat sebagai pemain sama ada atas dan luar padang. Sebab itu dia terus diberikan peranan kapten (Arsenal) disebabkan personalitinya.

“Jadi saya tidak merasakan ia satu kebimbangan yang besar kerana dia tahu apa perlu dilakukan,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI