fbpx

Ronaldo tempa rekod baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO meledak gol ke-900 dalam kariernya selepas membantu Portugal menewaskan Croatia awal pagi semalam. - AFP

LISBON – Kapten skuad Portugal, Cristiano Ronaldo melakar sejarah baharu apabila menjadi pemain pertama meledak 900 gol dalam perlawanan rasmi selepas membantu pasukan menewaskan Croatia 2-1 pada aksi Liga Negara-Negara Eropah awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, Ronaldo yang mewakili kelab Al-Nassr berjaya meledak satu gol selepas menyudahkan hantaran Nuno Mendes, manakala satu lagi jaringan disumbangkan oleh Diogo Dalot.

Kata Ronaldo, kejayaan itu cukup bermakna dalam kariernya kerana bukan mudah untuk menjadi pemain pertama dalam sejarah yang menjaringkan 900 gol dalam karier profesional.

“Ini adalah hari yang cukup bermakna kerana saya memang mahukan rekod ini sejak sekian lama. Secara jujur, saya memang yakin akan mencapai angka 900 kerana saya masih bermain secara aktif dan sama ada cepat atau lambat, ia tetap akan datang.

“Apa yang pasti, saya tidak dapat mengawal emosi di atas padang kerana tidak semua tahu betapa sukarnya saya bekerja keras sepanjang sesi latihan untuk kekal berada pada tahap terbaik secara fizikal dan mental,” katanya.

Ronaldo yang kini berusia 39 tahun mengakui sudah tidak perlu buktikan apa-apa di peringkat antarabangsa untuk digelar pemain terbaik sepanjang zaman meskipun masih belum membantu Selecao menjuarai trofi Piala Dunia.

“Pandangan saya, membantu Portugal menang Euro sama seperti menang Piala Dunia. Saya sudah menang dua trofi bersama skuad kebangsaan dan saya tidak tahu sama ada masih teruja untuk beraksi pada Piala Dunia 2026 nanti,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI