fbpx

Saya main TikTok bertahun, alhamdulillah mak mereka ‘sporting’ – Abang Bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abang bas dikecam berhubung kandungan yang dimuat naik di TikTok.

PETALING JAYA – “Saya main TikTok dah bertahun, alhamdulillah mak-mak mereka (murid sekolah) ‘sporting’ (terbuka), tak macam abang”.

Itu antara jawapan balas pemandu bas yang popular dengan gelaran ‘Abang bas’ selepas dikecam gara-gara sering memuat naik kandungan melibatkan murid sekolah rendah.

Perkara itu menjadi tumpuan apabila dia mengatakan salah seorang murid tersebut adalah orang yang disukainya atau ‘crush’ sehingga mendapat perhatian Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Selain itu, antara video yang hangat diperdebatkan adalah rakaman memaparkan ‘Abang bas’ sedang menguruskan seorang murid sekolah yang tidur di dalam bas.

Berdasarkan video tersebut, lelaki terbabit dilihat mengusap rambut, membelai muka seorang murid malah turut menyentuh bibir dan mencium pipi kanak-kanak itu.

Bagaimanapun, seorang pengguna Facebook mendedahkan bahawa murid terbabit adalah anak saudara kepada pemandu itu.

“Kesian abang bas itu yang dia cium itu anak buah dia, tetapi salah dia lah rakam kemudia muat naik di TikTok. Ini zaman fitnah akhir zaman susah,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Kluang telah menahan pemandu bas berusia 24 tahun itu kira-kira pukul 2.57 pagi tadi di Simpang Renggam, Johor Bahru.

Katanya, polis turut merampas telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk memuatnaik hantaran berkenaan di akaun media sosialnya.

Suspek juga direman selama lima hari hingga 10 September.

Permohonan reman dibenarkan oleh Majistret Suhaila Safi’uddin di Mahkamah Majistret Batu Pahat – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI