fbpx

Pestabola Merdeka: Malaysia masih sayangkan Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEJAYAAN Harimau Malaya tewaskan Filipina 2-1 untuk layak ke final Pestabola Merdeka dijangka akan dapat menarik lebih ramai penyokong hadir ke stadium. - AMIR KHALID

 

PETALING JAYA – Kejayaan Harimau Malaya mara ke final Pestabola Merdeka dijangka akan menarik lebih ramai penyokong ke Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad ini.

Walaupun ada gerakan boikot terhadap dua aksi Harimau Malaya kali ini, jumlah 15,800 penonton yang hadir ketika perlawanan menentang Filipina, Rabu lalu seakan membuktikan masih ramai sayangkan pasukan kebangsaan.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman percaya masih ada keluarga mengambil kesempatan untuk membawa anak-anak beriadah di stadium sambil menonton perlawanan babitkan Harimau Malaya.

“Di pihak kita, FAM tidak boleh halang atau sekat pendirian mana-mana pihak dan kita tetap menghormati keputusan mereka. Kita cuma berharap Harimau Malaya akan dapat sokongan padu.

“Dalam masa sama, kita dapat lihat masih ada yang mahu saksikan pasukan kita beraksi. Mungkin ada keluarga yang akan hadir ke stadium untuk beri peluang anak-anak mereka saksikan bola sepak secara lebih dekat,” katanya.

Perlawanan dengan Filipina sebelum ini merekodkan 15,800 penonton hadir ke stadium, satu jumlah memberangsangkan berbanding jangkaan awal apabila hanya 3,000 keping tiket yang dilaporkan mampu terjual.

Rentetan itu, pengendali negara, Pau Marti Vicente pada sidang media selepas tamat perlawanan turut meluahkan hasratnya melihat lebih ramai penyokong dapat hadir ke stadium bagi menyaksikan penentuan final. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI