fbpx

Hanya sebab tak lapor polis, 11,000 mangsa scammer gagal tuntut wang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramli

KUALA LUMPUR – Sejak penubuhan National Scam Response Center (NSRC), terdapat kira-kira 11,000 mangsa penipuan gagal mendapatkan kembali wang mereka ekoran tidak membuat laporan polis.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf menegaskan, laporan polis perlu dibuat agar tindakan sekatan dan pemulangan wang kepada mangsa dapat disempurnakan.

“Ia adalah isu yang perlu ditekankan berkaitan NSRC iaitu mengenai
kegagalan pengadu buat laporan polis setelah laporkan melalui talian 997 NSCR tentang pindahan wang mangsa ke akaun keldai.

“Ia mengakibatkan wang yang disekat tidak dapat diproses dan tidak dapat dipulangkan kepada mangsa,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat JSJK, di sini hari ini.

Terdahulu Ramli berkata, kira-kira RM46 juta transaksi penipuan atas talian berjaya disekat NSRC sejak penubuhannya pada 12 Oktober 2022 sehingga Julai lalu.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM510,000 berjaya dipulangkan kepada mangsa penipuan.

“Bagaimanapun proses pemulangan wang terlibat hanya dapat dilakukan oleh pegawai penyiasat dengan pematuhan kepada peruntukan undang-undang di bawah Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) Akta 593,” ujarnya.

Proses berkenaan katanya, hanya mengambil masa tiga ke enam bulan selepas pihak polis berjaya membuktikan wang berkenaan adalah milik mangsa terlibat.

“Tidak semestinya perlu melalui proses mahkamah. Jika siasatan pihak kami berjaya membuktikan ia milik mangsa, tak perlu tunggu siasatan selesai kerana saya rasa itu sudah memadai.

“Mangsa akan dikehendaki hadir ke mahkamah bagi melengkapkan prosedur yang ditetapkan di bawah Seksyen 413 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ). Tiada jalan pintas untuk perkara (proses) ini sama ada melalui agen, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau sebagainya,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI