fbpx

Kempen Cabutan Siri WOW! Superheroes tawar hadiah RM100,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hadiah lumayan berupa wang tunai keseluruhan berjumlah RM100,000 untuk 181 orang pemenang yang menyertai Kempen Cabutan Siri WOW! Superheroes 2024.

PETALING JAYA – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menawarkan hadiah lumayan berupa wang tunai keseluruhan berjumlah RM100,000 untuk 181 orang pemenang yang menyertai Kempen Cabutan Siri WOW! Superheroes 2024.

Tawaran hadiah tersebut bakal dimiliki oleh seorang pemenang bernilai RM10,000 manakala hadiah saguhati berjumlah RM500 untuk setiap 180 pemenang.

Kempen tersebut terbuka kepada semua pendeposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) iaitu Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus yang telah bermula sejak 1 September lalu sehingga 31 Oktober depan.

Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, ibu bapa yang menabung seawal usia anak masih kecil boleh dianggap sebagai ‘superhero’.

Ujarnya, ibu bapa merupakan individu yang bertanggungjawab menyediakan sumber kewangan dan perancang utama masa depan anak-anak termasuk pendidikan pengurusan kewangan.

“Kekal lah menjadi ‘superhero’ sepanjang masa untuk masa depan anak dengan membuat perancangan kewangan di awal usia bagi memastikan generasi masa hadapan mereka mendapat pendidikan sempurna,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Ahmad Dasuki, pendeposit bakal menikmati pelbagai keistimewaan dan manfaat menerusi Simpan SSPN selain berpeluang untuk memenangi hadiah yang lumayan sepanjang menyertai kempen ini.

“Simpan SSPN merupakan satu-satunya produk simpanan yang menawarkan pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih sehingga
RM8,000 setahun.

“Selain itu ia memberikan perlindungan takaful ke atas pendeposit, Geran Sepadan
sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak, dividen yang kompetitif, simpanan yang dijamin kerajaan dan patuh syariah,” ujarnya.

Bagi menyertai kempen ini, pendeposit hanya perlu membuka akaun atau
membuat penambahan simpanan dalam tempoh kempen.

Setiap simpanan bersih RM50 bagi Simpan SSPN Prime akan mendapat satu cabutan, manakala bagi setiap simpanan bersih RM50 bagi Simpan SSPN Plus layak mendapat dua cabutan secara automatik.

Menariknya, kelebihan cabutan berganda juga diberikan kepada pengguna aplikasi myPTPTN.

Pendeposit Simpan SSPN Prime yang membuat simpanan bersih RM50 melalui myPTPTN atau melalui potongan gaji atau debit terus, akan mendapat lima cabutan.

Untuk pendeposit Simpan SSPN Plus yang membuat simpanan bersih RM50 melalui myPTPTN atau melalui potongan gaji atau debit terus pula akan mendapat 10 cabutan.

Dalam pada itu, sehingga 31 Julai lalu, jumlah deposit Simpan SSPN yang diterima adalah berjumlah RM18.7 bilion dengan bilangan akaun sebanyak 6.5 juta.

Pembukaan akaun atau penambahan simpanan boleh dibuat secara dalam talian melalui aplikasi myPTPTN dengan lebih mudah, cepat dan selamat.

Layari portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my untuk maklumat lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI