fbpx

‘Kami memang sasar emas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON (belakang) dan Wooi Yik tidak menjadikan sasaran emas Olimpik sebagai satu tekanan, sebaliknya ia lebih kepada suntikan semangat pada Sukan Olimpik di Tokyo, Jepun tahun depan.

BUKAN tekanan, sebaliknya ia menjadi suntikan motivasi buat pemain beregu lelaki No. 1 negara, Aaron Chia apabila diletakkan sebagai prospek pingat emas pada Sukan Olimpik Tokyo tahun depan.

Terdahulu, Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria melaungkan keyakinan gandingan Aaron-Soh Wooi Yik mampu menyumbang pingat emas menerusi acara tersebut.

Aaron nyata tidak gentar de­ngan harapan menggunung yang diletakkan badan induk sukan badminton negara itu apabila turut berkongsi impian untuk merealisasikan hasrat tersebut.

“Saya fikir sasaran pingat emas yang diletakkan ke atas kami lebih kepada suntikan motivasi, bukannya tekanan kerana saya sendiri sememangnya sasarkan untuk menang emas di sana nanti.

“Bagaimanapun, kami tidak boleh tergesa-gesa selain perlu fokus bagi melayakkan diri terlebih dahulu. Selepas itu, kami juga mahukan sekurang-kurangnya satu gelaran,” katanya kepada Kos­mo!.

Pada masa sama, finalis kejohanan Seluruh England (All England) 2019 itu juga menyasarkan untuk cuba menumbangkan lima beregu terbaik dunia termasuk gandingan No. 1 dunia dari Indonesia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo.

“Sebelum Olimpik bermula, saya tekad untuk cuba kalahkan beregu yang berada dalam kelompok lima teratas kerana ia boleh bagi suntikan moral pada diri sendiri.

“Dalam fikiran saya, ada sasaran untuk kalahkan mereka (Marcus-Kevin) kerana sebelum ini pun tewas kepada mereka dengan perbezaan mata agak tipis, jadi jika menang boleh bantu kami dari segi mental,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI