fbpx

‘Total enforcement’ seluruh negara, kurangkan kemalangan – JSPT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD YUSRI (dua dari kanan) diiringi Pegawai Khas Menteri Besar Pahang, Datuk Jasvir Singh Ram Singh (kanan) menyampaikan bendera kepada wakil ketua balai polis pada majlis pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Penyerahan Jalur Gemilang di Plaza Tol Bentong di Bentong hari ini.

BENTONG – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan melakukan ‘total enforcement’ atau pengguatkuasaan penuh dalam usaha mengurangkan kemalangan jalan raya di seluruh negara yang dilihat masih menunjukkan trend peningkatan.

Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, sehubungan itu juga penguatkuasaan dan operasi akan terus dipertingkatkan di seluruh negara dan polis tidak akan berkompromi dengan enam kesalahan trafik utama.

“Pendekatan berteraskan ‘total enforcement and excellent delivery services’ akan dilaksanakan dalam kempen kali ini bertujuan mendidik pengguna jalan raya agar lebih berhemah, mengurangkan kadar kemalangan biasa dan kemalangan maut di samping memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

“Aspek keselamatan jalan raya terus menjadi fokus utama JSPT, seluruh jentera JSPT di peringkat kontinjen akan digerakkan bagi tujuan mengawal lalu lintas, risikan operasi dan pemantauan di kawasan kerap berlaku kemalangan,”katanya dalam sidang akhbar pada majlis pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Penyerahan Jalur Gemilang di Plaza Tol Bentong di sini hari ini.

Menurut Mohd. Yusri, elemen JSPT mencakupi Kenderaan Peronda Lebuh Raya (EMPV), Unit Siasatan Lebuh Raya (USLR), Unit Risikan dan Operasi Kontinjen dan Daerah akan digerakkan secara optimum bagi menjayakan kempen keselamatan jalan raya ini.

Beliau menegaskan pihak polis juga tidak akan berkompromi dengan enam kesalahan trafik utama antaranya memandu melebihi had laju, memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, memotong barisan, tidak mematuhi lampu isyarat dan menggunakan alat komunikasi.

“JSPT akan terus komited dalam memantau perkembangan semua jalan-jalan utama di seluruh negara bagi memastikan aliran trafik berjalan lancar dan selamat sepanjang masa,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI