fbpx

Indonesia cipta sensasi, ‘rantai’ Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ORATMANGOEN (kiri) meledak gol buat Indonesia ketika seri 1-1 dengan Arab Saudi semalam. - DETIK SPORT

JEDDAH – Indonesia mencipta kejutan terbesar apabila berjaya mengikat gergasi Asia, Arab Saudi 1-1 pada aksi pertama pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium King Abdullah Sports City semalam.

Sebelum perlawanan, rata-rata peminat menjangkakan Sang Garuda bakal dibelasah oleh Arab Saudi yang pernah menggegarkan arena bola sepak dunia dengan menewaskan Argentina 1-0 sewaktu Piala Dunia Qatar 2022.

Bagaimanapun, Indonesia di ranking 133 dunia membuktikan sebaliknya apabila terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi penyerang warisan mereka yang dilahirkan di Belanda, Ragnar Oratmangoen.

Penyerang yang mewakili kelab Belgium, Dender EH itu memanfaatkan peluang terhidang untuk melepaskan rembatan menewaskan penjaga gol Arab Saudi, Mohammed Al Owais pada minit ke-19.

Skuad bimbingan Shin Tae-yong itu hampir menggandakan kedudukan, namun percubaan lemah Witan Sulaeman yang pernah berkelana ke bumi Eropah selama dua tahun sejak 2020, mudah ditangkap Al Owais pada minit ke-34.

Bagaimanapun, Arab Saudi kendalian Roberto Mancini berjaya menyamakan kedudukan menerusi Musab Fahz di penghujung babak pertama menewaskan penjaga gol Indonesia, Maarten Paes.

Paes yang beraksi dengan FC Dallas di Amerika Syarikat, melakukan kesilapan apabila menghadiahkan sepakan penalti kepada Arab Saudi selepas dia mengasari Firas Al-Buraikan.

Penjaga gol berdarah campuran Indonesia-Belanda itu menebus kesilapannya untuk muncul wira negaranya apabila berjaya menepis sepakan penalti diambil Salem Al-Dawsari.

Sebagai rekod, ini adalah kali pertama Indonesia berjaya mengikat Arab Saudi dalam kejohanan rasmi selepas pernah mencatat seri tanpa jaringan sewaktu aksi persahabatan pada 2021. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI