PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri sehingga pukul 12 tengah hari ini.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada 8.30 pagi tadi, ribut petir tersebut melibatkan Kedah (Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang, Perak (Kerian dan Larut, Matang Dan Selama) dan Negeri Sembilan (Kuala Pilah dan Rembau).
“Bagi negeri Melaka pula, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Alor Gajah,” katanya.
Amaran ribut petir dikeluarkan apabila hujan melebihi 20 mm/jam diramalkan atau berlaku, dengan tempoh amaran jangka pendek tidak melebihi enam jam. – KOSMO! ONLINE.