fbpx

Robot anjing serang pemilik 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan robot anjing itu menembak pemiliknya dengan api. - Instagram

WASHINGTON  –  Seorang pesohor media sosial di Amerika Syarikat (AS) mengundang perhatian netizen apabila robot anjing yang dibeli menembak api ke arahnya secara tiba-tiba, lapor stesen penyiaran NDTV kelmarin. 

Pesohor YouTube dikenali sebagai IShowSpeed itu menguji robot anjing yang baru dibelinya dari China pada harga AS$100,000 (RM434,650), baru-baru ini. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @ishowspeed, dia dilihat mengarahkan robot itu untuk duduk dan memanjangkan kakinya di tepi kolam renang. 

Bagaimanapun, keadaan berubah ngeri apabila robot itu menembaknya dengan api selepas diminta untuk ‘menyalak’. 

“Berhenti!” jerit IShowSpeed sebelum melompat ke dalam kolam.

Rakaman itu mencatatkan lebih 75.2 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen. 

“Adakah anda pasti ia adalah robot anjing? Kerana kelihatan seperti naga,” kata seorang netizen. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI