TANJUNG MALIM – Kesahihan nota diplomatik yang didakwa daripada Kementerian Luar Negeri China kepada Kedutaan Besar Malaysia di Beijing perlu ditentukan sebelum sebarang ulasan berkenaan hal itu dibuat.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin berkata, beliau tidak mahu mengulas perkara itu memandangkan surat itu belum ada pengesahan, namun tidak menafikan berlakunya tuntutan bertindih melibatkan beberapa negara di rantau ini.
“Memang ada tuntutan bertindih dan kita sentiasa perhatikan apa yang berlaku antara China dan Filipina,” katanya semasa program Executive Lecture Menteri Pertahanan Bersama Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Univerisiti Awam di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), di sini hari ini.
Sejak semalam, media melaporkan berkenaan kebocoran dokumen itu yang didedahkan menerusi satu artikel yang diterbitkan sebuah portal media Filipina bertarikh 29 Ogos lalu.
Laporan itu menyentuh tentang konflik berkenaan pertikaian negara-negara serantau termasuk Malaysia mengenai kawasan di perairan. – KOSMO! ONLINE