fbpx

Ada pelajar tingkatan 3 tak pandai membaca, gagal sifir 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang guru mendedahkan realiti sebenar segelintir pelajar sekolah menengah yang masih tidak lancar membaca selain gagal dalam penghafalan sifir.

Cerita itu dikongsikannya menerusi ciapan di laman X baru-baru ini sehingga mendapat perhatian pengguna media sosial yang lain.

Kata wanita itu, dia terkejut dan kecewa apabila melihat generasi muda tersebut masih tidak kuasai kemahiran membaca meskipun sudah berada di tingkatan tiga.

“Aku baru lagi jadi cikgu SMK (sekolah menengah kebangsaan). Ramai sangat budak tak reti membaca. Dah tingkatan tiga tak reti membaca pun ada.

“Sifir dua pun tak boleh jawab, kena tekan kalkulator. Aku tahu tugas guru mendidik tapi kalau sampai SMK tapi anak tak boleh membaca, aku rasa memang masalah mak ayah,” katanya.

Tambahnya, lebih menjadi cabaran sebagai seorang pendidik apabila ada dalam kalangan pelajar yang bersikap biadap setiap kali ditegur oleh guru.

“Sudah la tak reti, apabila ditegur menjawab dengan biadab. Aku bukan mengajar di kawasan pedalaman, masih bandar lagi, ada mall (pusat membeli belah) semua itu.

“Bagi kerja sekolah, ugutlah siapa tak siap esok berdiri kat luar. Esonya aku masuk kelas terus
budak cakap… cikgu saya tak siap kerja sekolah, saya pergi duduk luar. Sumpah boleh gila macam ini,” luahnya ketika berkongsi antara situasi yang perlu dilalui setiap kali mengajar di sekolah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI