fbpx

Malaysia terkenal di UNESCO Paris kerana Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina menyatakan hasrat bertanding sebagai Ahli Lembaga Eksekutif UNESCO kepada Timbalan Ketua Pengarah UNESCO, Xing Qu (kanan).

PETALING JAYA – Nama Malaysia sangat terkenal dalam kalangan delegasi United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) di Paris, Perancis.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, antara faktor adalah kredibiliti Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masyhur serta pernah memimpin UNESCO.

“Nama Malaysia sangat terkenal dalam kalangan semua delegasi. Paling utama kerana peranan serta komitmen Malaysia sebagai negara anggota dalam mengangkat nilai dan prinsip UNESCO.

“Pastinya juga kerana kredibiliti PMX (Anwar) yang cukup masyhur serta pernah memimpin UNESCO suatu masa dahulu,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Terdahulu, Fadhlina memaklumkan, beliau telah menyatakan hasrat bertanding sebagai Ahli Lembaga Eksekutif UNESCO kepada Timbalan Ketua Pengarah UNESCO, Xing Qu.

Menurutnya, Xing Qu memuji komitmen Malaysia dalam pelbagai inisatif khususnya dalam mengangkat kualiti pendidikan serta kebudayaan.

“Sempat juga beliau menitipkan pesan-pesan penting khususnya sebagai negara yang menawarkan diri untuk bertanding,” katanya.

Dalam hantaran berasingan, Fadhlina menyatakan komitmen beliau untuk memasuki kelas Bahasa Perancis dan memperbaiki Bahasa Arab sebagai persediaan bertanding dalam pemilihan Ahli Lembaga Eksekutif UNESCO.

“Saya komited untuk memasuki kelas Bahasa Perancis dan memperbaiki Bahasa Arab saya sebagai persiapan penuh menjadi sebahagian daripada pemimpin diplomatik dunia.

“KPM sentiasa mendukung komitmen memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuh Bahasa Inggeris. Maka bahasa-bahasa asing yang lain juga penting untuk anak-anak kita sebagai persiapan mereka memimpin dunia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI