fbpx

Mayat lelaki dibaham buaya ditemui terapung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat seorang lelaki ditemui tidak sempurna dipercayai dibaham buaya di sungai berhampiran sebuah ladang di Kinabatangan, pagi tadi. -Foto IHSAN BOMBA

KINABATANGAN – Seorang lelaki yang hilang ketika memukat ikan di sebatang sungai berhampiran sebuah ladang, di sini semalam ditemukan mati dalam keadaan tidak sempurna akibat dibaham buaya, hari ini.

Mayat mangsa, Brono Kamilgs Nahak, 25, dijumpai pada pukul 10.45 pagi kira-kira satu kilometer dari lokasi lelaki itu disambar sang bedal.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan sebaik menerima panggilan pada pukul 6.28 pagi hari ini.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa berjaya ditemukan oleh pasukan SAR dalam keadaan terapung,” katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, mangsa hilang selepas tidak pulang sehingga petang semalam dan rakan mangsa yang bimbang segera mencari di sekitar sungai namun hanya menemukan motosikal, pakaian serta pukat ikan yang koyak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI