fbpx

RMK13 guna pendekatan RMK Pertama – Rafizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafizi (dua kiri) merasmikan Persidangan Permulaan RMK13 di Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

SEPANG – Kerajaan akan mengambil kira pendekatan Rancangan Malaysia Pertama bagi merancang pelan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) nanti.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, RMK13 itu kelak akan dilihat lebih ringkas dan menyeluruh serta berasaskan ‘kanvas kosong’.

Bagaimanapun, katanya, RMK13 juga tetap mengambil kira cabaran ekonomi semasa namun, pada masa sama melaksanakan reformasi lebih radikal secara tersusun, sekali gus membolehkan kerajaan responsif terhadap keperluan rakyat.

“Ketika ini, ekonomi Malaysia berkembang dengan ketara daripada pergantungan kepada getah dan bijih timah semasa pasca kemerdekaan, namun transformasi lanjut diperlukan bagi mengekalkan kelebihan daya saing dan daya tahan dalam dunia yang semakin mencabar.

“Kerajaan komited melaksanakan reformasi radikal dan berani dalam memperkukuh asas ekonomi negara selain memanfaatkan potensi besar rantau ASEAN,” katanya ketika menyampaikan ucap tama pada Persidangan Permulaan RMK13 2026-2030 di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI