KUALA LUMPUR – Syarikat pengendali umrah dan haji, Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) menawarkan diskaun sehingga RM1,000 bagi tempahan pakej umrah dah diskaun pakej pelancongan sehingga RM200 sepanjang Matta Fair 2024 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), bermula 6 hingga 8 September ini.
Lembaga pemasaran dan jualan Andalusia, Izzati Ibrahim berkata, tawaran tersebut bukan sahaja boleh dinikmati pengunjung Matta Fair 2024, malah terpakai di 55 cawangan syarikat berkenaan di seluruh negara.
Katanya, bersempena dengan Matta Fair kali ini, Andalusia turut menawarkan satu pakej istimewa khusus untuk pelanggannya.
“Andalusia bersama Saudi Tourism Authority dan We Express Sdn Bhd memperkenalkan pakej baharu iaitu Pakej Menelurusi Sirah dan Umrah bersama ikon Alif Satar yang akan diterbangkan pada tarikh 17 Disember sehingga 28 Disember 2024.
“Pakej ini akan mendapat pengalaman yang lebih unik berbanding pakej umrah biasa, kerana kami membawa anda melawati empat tempat ziarah baharu iaitu di Khaybar, Al-Ula, Jeddah dan Riyadh dengan harga pakej bermula RM 12,290 sehingga RM 15,990 seorang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar Pelancaran Diskaun Matta Fair di sini hari ini.
Dalam pada itu, Izzati berkata, sempena Matta Fair 2024 ini Andalusia menyasarkan sebanyak 4,500 pendaftaran bagi pakej yang ditawarkan.
“Pada Matta Fair kali ini, Andalusia turut membuat kelainan dengan menyediakan manisan dan minuman dari Arab Saudi buat pengunjung booth kami.
“Selain itu, pengunjung yang mendaftar pakej bersama Andalusia juga berpeluang merebut 3,000 hadiah misteri yang disediakan,” katanya.
Selain itu katanya, bagi melancarkan proses pendaftaran pakej-pakej yang ditawarkan, seramai 90 penasihat jualan Andalusia akan bersedia di reruai bagi membantu pengunjung yang hadir.
“Anjuran Matta Fair kali ini juga, penasihat jualan kami akan membantu pengunjung membuat pendaftaran menggunakan sistem yang disediakan berbanding sebelum ini di mana pendaftaran dibuat secara manual.
“Dengan penambahbaikan tersebut dan jumlah penasihat jualan yang disediakan, kami boleh bantu pengunjung membeli tiket penerbangan dengan lebih mudah dan cepat,” katanya. – KOSMO! ONLINE