fbpx

Syamsul Yusof, Ira Kazar sah bercerai talak satu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syamsul dan Ira ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI/KOSMO!

KUALA SELANGOR – Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini mengesahkan pengarah, Syamsul Yusof dan Ira Kazar sah bercerai talak satu di sini hari ini.

Perkara itu dimaklumkan peguam syarie Muhammad Fadhil Abd. Razak yang mewakili Ira atau nama sebenarnya, Faghirah Fatini Kazaruddin, 29, ketika ditemui selepas prosiding kes itu di hadapan Hakim Syarie Mohd. Faizal Habib.

Menurut peguam itu, mahkamah mendapati penceraian pasangan artis itu telah berlaku di luar mahkamah.

“Mahkamah mendapati penceraian berlaku antara pihak Syamsul dengan anak guam saya (Ira). Fokus kita hari ini adalah pengesahan lafaz cerai (luar mahkamah). Keterangan telah diambil dan keputusan sudah dibuat hari ini,” kata peguam itu.

Menurut beliau, dengan keputusan mahkamah hari ini kes cerai tersebut sudah selesai.

Sementara itu, peguam Azmi Mohd. Rais yang mewakili Syamsul ketika ditemui turut mengesahkan perkara sama yang mana anak guamnya dan Ira sah bercerai talak satu pada pukul 10.30 pagi.

“Mahkamah berpuas hati telah berlaku lafaz taklik dan mendapati bahawa Ira telah melanggar taklik sebanyak lima kali yang mana kali pertama pada 14 Ogos lalu tanpa paksaaan,” kata peguam Azmi.

Bagaimanapun Azmi enggan mengulas lanjut mengenai isu pelanggaran taklik yang dibuat Ira.

Sementara itu ditanya mengenai prosiding cerai di Mahkamah Gombak Timur, Azmi memaklumkan kes itu tetap berjalan pada 25 September ini.

Namun pada prosiding itu, pihak-pihak hanya memaklumkan status penceraian yang telah berlangsung di mahkamah ini.

Terdahulu, prosiding hari ini dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor berikutan permohonan pengesahan lafaz cerai taklik difailkan Ira pada 21 Ogos lalu di mahkamah ini.

Untuk info, lafaz cerai taklik ialah lafaz cerai yang dilafaz suami dengan meletakkan syarat taklik dan jika isteri melanggar syarat itu, maka boleh menyebabkan jatuh talak.

Sebelum ini di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur menetapkan 25 September ini bagi sebutan semula kes cerai Syamsul dan Ira.

Ia berikutan apabila Ira tidak hadir ke mahkamah menyebabkan lafaz berkenaan tidak dapat dibuat. Namun Syamsul bersedia untuk melafazkan cerai itu.

Sebelum ini, Azmi memaklumkan tuntutan penceraian tersebut dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor yang mana anak guamnya telah memfailkan permohonan cerai terhadap Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 19 Ogos lalu.

Untuk rekod, ini merupakan pernikahan kedua Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd. Shamsul Md Yusof, 40, selepas berpisah dengan Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, pada 14 Jun 2023.

Sebelum ini, teka-teki perhubungan Shamsul dan Ira yang menjadi perbualan hangat menemui jawalan apabila Shamsul akhirnya mengakui sudah menikahi Ira di Thailand pada 6 Januari tahun lalu.

Mereka kemudian mendaftarkan perkahwinan di Perlis pada 20 Januari tahun yang sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI