fbpx

Lafaz cerai taklik: Syamsul, Ira Kazar tiba di mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rumah tangga Syamsul dan Ira kini di ambang perceraian.

KUALA SELANGOR – Pelakon dan pengarah sensasi, Syamsul Yusof melahirkan rasa rindu terhadap pengamal media sebelum memasuki kamar bicara di Mahkamah Rendah Syariah di sini bagi prosiding pengesahan lafaz cerai taklik hari ini.

Syamsul Yusof atau nama penuhnya, Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 40, hadir memakai sut lengkap berwarna hitam kelihatan tenang ketika tiba di mahkamah.

Isterinya, Ira Kazar hadir dengan ditemani peguam syarie, Muhammad Fadhil Abd Razak dan tersenyum ketika disapa oleh wartawan.

Pada 16 Ogos lalu, Syamsul mengejutkan ramai apabila memfailkan perceraian terhadap Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

Susulan itu, pelakon Puteri Sarah Liyana pada ketika itu isteri Syamsul memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI