PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di dua negeri sehingga pukul 12 tengah hari ini.
MetMalaysia memaklumkan, dua negeri tersebut adalah Kedah (Yan, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) dan Pulau Pinang.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE