fbpx

Tuntutan palsu Perkeso: 2 lagi doktor kerajaan direman pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 33 individu dibawa reman di Mahkamah Majistret George Town, semalam. Foto oleh IQBAL HAMDAN/KOSMO!

GEORGE TOWN – Tiga lagi individu iaitu dua doktor dan seorang orang awam akan direman di Mahkamah Majistret, di sini pagi ini bagi membantu siasatan berhubung kes pemalsuan tuntutan hilang upaya Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Dua pegawai perubatan dipercayai dari hospital kerajaan di Pulau Pinang itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di negeri ini, semalam.

Menurut sumber, tiga individu terbabit akan dibawa dengan menaiki kenderaan SPRM ke mahkamah berkenaan pada pukul 8.30 pagi nanti.

Penahanan tersebut menjadikan jumlah tangkapan setakat ini adalah seramai 36 orang termasuk lima doktor.

Semalam, Kosmo! Online melaporkan tiga doktor pakar tulang antara 33 individu direman SPRM antara sehari hingga tiga hari berhubung kes pemalsuan tuntutan hilang upaya Perkeso melibatkan jumlah kerugian bernilai RM2.1 juta.

Selain tiga doktor berkenaan, 30 individu lagi terdiri daripada 19 pemohon tuntutan, lapan ejen serta tiga orang ‘runner’.

Difahamkan, dua daripada doktor itu bertugas di dua buah hospital milik kerajaan, manakala seorang lagi doktor bertugas di sebuah hospital swasta.

Ketiga-tiga mereka bertugas di hospital di kawasan Bukit Mertajam dan Seberang Jaya, dekat sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI