fbpx

Reda bercerai dengan Hafidz Roshdi, Shuhada kini bahagia di Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shuhada kini menetap di Australia bersama anak-anak.

PETALING JAYA – Memilih untuk menetap di Australia, bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada mengakui kehidupannya kini semakin baik meskipun berada di rantau orang.

Kata Shuhada, 30, sebelum ini dia pernah mempertikaikan tentang nasib dirinya sehingga diduga dengan pelbagai masalah hidup (perceraian).

“Dulu saya memang terfikir mengapa Allah berikan saya ujian sebegini, apa salah saya. Tetapi saya bersangka baik dengan Allah dan Dia gantikan saya dengan benda lebih baik.

“Jika dulu hidup bagaimana, tetapi sekarang ini Allah memberikan kepada saya kualiti hidup yang lebih baik.

“Allah izinkan saya untuk bersama dengan kedua-dua anak dan menetap di sini (Australia). Saya bukan hendak berlagak, tetapi saya hendak kalian semua percaya Allah tidak akan membebankan kita dengan perkara yang kita tidak mampu,” katanya dalam satu siaran langsung TikTok.

Tambah Shuhada, kehidupan yang lebih baik itu bukan bermaksud dia kini sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang lelaki atau ingin menunjuk kehidupan kini lebih baik berbanding sebelumnya.

“Saya katakan Allah akan menggantikan kita dengan yang lebih baik itu, bukan bermaksud menggantikan lelaki yang lebih baik. Tidak, saya di sini tiada sesiapa dan tidak bercinta dengan mana-mana lelaki.

“Setiap daripada kita mempunyai ujian hidup masing-masing. Saya juga bukan orang baik dan tidak lari daripada berbuat dosa, tetapi paling utama perlu meletakkan Allah sebagai nombor satu, insya-Allah,” katanya.

Awal Ogos lalu, Shuhada memaklumkan dia kini bersama dua anaknya sudah berhijrah ke Australia dan difahamkan menetap di Melbourne bagi menyambung pengajian di sebuah institut pendidikan.

Malah dia juga tidak menolak untuk terus menetap di Australia dan tidak merancang untuk kembali ke tanah air dalam tempoh masa terdekat.

Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.

Pada 27 Julai 2023, Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam mengesahkan pasangan itu bercerai talak satu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI