fbpx

Juara Olimpik bukan lawan Sabalenka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SABALENKA mara buat kali keempat berturut-turut ke separuh akhir Terbuka AS selepas menewaskan Qinwen hari ini. - AFP

NEW YORK – Ratu tenis Belarus, Aryna Sabalenka sekali lagi mempamerkan dominasi di gelanggang apabila mudah menundukkan juara Sukan Olimpik Paris 2024, Zheng Qinwen di suku akhir Terbuka Amerika Syarikat (AS) hari ini.

Pemain No. 2 dunia tersebut langsung tidak memberi ruang kepada Qinwen untuk melakukan kebangkitan apabila mencatat kemenangan 6-1, 6-2 pada aksi di Stadium Arthur Ashe itu sekali gus memastikan tempat ke separuh akhir buat kali keempat berturut-turut.

“Memulakan perlawanan dengan break awal sangat penting bagi saya kerana Zheng (Qinwen) adalah lawan yang sukar. Saya tahu ia tidak akan mudah tetapi saya sangat gembira dengan cara saya mengawal permainan,” kata Sabalenka.

Sabalenka, 26, juga pernah menewaskan bintang China itu pada peringkat sama di Terbuka AS tahun lalu sebelum menewaskannya sekali lagi dalam perlawanan akhir Terbuka Australia pada Januari.

Menjelang pertemuan separuh akhir, Sabalenka bakal berdepan dengan cabaran daripada pemain tuan rumah, Emma Navarro yang kini berada di ranking ke-13 dunia.

Navarro mara ke suku akhir Grand Slam pertamanya dengan kemenangan straight-set ke atas Paula Badosa dari Sepanyol, menjadikan pertemuan separuh akhir itu sebagai pertembungan yang dinanti-nantikan peminat tenis dunia.

Kedua-dua pemain tersebut pernah bertemu dua kali sebelum ini dengan Sabalenka meraih kemenangan di Roland Garros, manakala Navarro berjaya membalas dendam sewaktu Indian Wells.

“Dia (Navarro) pemain yang sangat bagus. Kami telah bertemu dua kali dan kedua-duanya berlangsung sangat sengit,” tambah Sabalenka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN