fbpx

Dua lelaki ditahan miliki 23 biji pil kuda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pil kuda yang dirampas bersama seorang lelaki di sebuah stesen minyak di Pasir Pekan, Tumpat hari ini.

TUMPAT – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 menahan dua lelaki yang dipercayai memiliki 23 biji pil kuda di sebuah stesen minyak di Pasir Pekan di sini hari ini.

Lelaki berusia 22 dan 23 tahun itu ditahan pada pukul 2.30 pagi ketika anggota PGA melakukan rondaan di kawasan tersebut.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, semasa melakukan rondaan, anggota PGA melihat dua lelaki menaiki sebuah motosikal dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, anggota PGA kemudian telah menahan dua lelaki itu sebelum melakukan pemeriksaan terhadap mereka.

“Hasil pemeriksaan, kita menjumpai 23 biji pil kuda yang dianggarkan bernilai RM230 di dalam sebuah beg silang milik suspek yang berusia 23 tahun.

“Ujian saringan awal air kencing terhadap kedua-dua suspek mendapati mereka positif jenis dadah Methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Azhari, berdasarkan siasatan, suspek dipercayai mendapat bekalan dadah tersebut daripada seorang lelaki tempatan untuk kegunaan diri sendiri semasa bekerja.

Katanya, pemeriksaan juga mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Tambahnya, dadah yang dirampas termasuk motosikal yang dinaiki mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat bawah Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI