PERNAH menegur pendakwah bebas Da’i Fuad yang disifatkan bersikap pilih kasih dalam isu kes rogol membabitkan Da’i Syed, penyanyi dangdut Baby Shima bersuara lagi.
Kali ini penyanyi terbabit mempersoalkan mengapa harus menghormati pendakwah ‘fake’ yang sanggup merogol anak orang lain.
Katanya, jenis individu begitu hanya berbunyi apabila membabitkan orang lain tapi suka ambil jalan selamat jika puak sendiri terpalit kontroversi.
Mereka didakwa suka jatuh hukum sehingga individu ‘fake’ yang sudah disabitkan hukuman penjara dan rogol tetap dipertahankan.
Nampaknya macam panjang lagi perang antara Baby Shima dan Da’i Fuad. Harap masing-masing bertenang.
MIZZ LAHAR: Ada selebriti menangis apabila Da’i Syed dijatuhkan hukuman tempoh hari.