fbpx

KPM libatkan panel pakar mantapkan silibus buku teks

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kah Woh (tiga dari kanan) melihat pelajar SK RPS Banun menjawab soalan matematik pada papan pintar di dalam kelas semasa mengadakan lawatan kerja ke sekolah berkenaan dekat Gerik hari ini.

GERIK – Kementerian Pendidikan (KPM) mempunyai panel pakar bidang masing-masing bagi memastikan fakta yang terkandung dalam buku teks atau silibus pendidikan adalah mantap dan tepat.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, buku teks serta silibus pendidikan sedia ada sekarang hasil libat urus dan sesi bersama pakar subjek masing-masing.

“Bagi pihak KPM, berkenaan subjek sejarah atau mata pelajaran lain, apabila KPM menggariskan atau menentukan buku teks, silibus atau subjek, kementerian (KPM) mempunyai panel pakar dalam bidang masing-masing.

“Ini utk memastikan bahawa fakta atau subjek yang terkandung dalam buku teks atau silibus kita adalah mantap dan juga tepat,” katanya semasa mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Kebangsaan (SK) Rancangan Penempatan Semula (RPS) Banun dekat sini hari ini.

Beliau berkata demikian untuk menjawab pertanyaan pemberita berhubung laporan media berkenaan pakar sejarah tidak berpuas hati terhadap buku teks sejarah tempatan kerana mendakwa fakta tidak diubah meskipun terdapat rekod dan sumber membuktikan ia tidak tepat.

Perkara itu dibangkitkan dengan mengambil contoh Perjanjian Pangkor dan perang saudara di Perak pada zaman penjajah.

Kah Woh bagaimanapun berkata, KPM bersikap terbuka kepada mana-mana pihak untuk mengemukakan pandangan masing-masing.

Jelasnya, ini kerana kementerian sedang dalam proses libat urus mendapatkan input bagi pelaksanaan kurikulum baharu untuk sekolah-sekolah pada 2027. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI