MUKAH – Mayat seorang lelaki warga emas yang hilang di Sungai Batang Oya selepas perahunya berlanggar dengan bot laju pada Isnin lalu dijumpai terapung tengah malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata mayat Dos Katiek, 79, berkata, mayat tersebut ditemukan oleh cucunya kira-kira pukul 12.30 tenagh malam sebelum memaklumkan kepada polis.
“Mayat mangsa dijumpai terapung oleh cucunya di Sungai Klid, Batang Oya iaitu satu kilometer dari lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau menambah mayat mangsa yang dibawa ke Jeti Lebrasau kemudian diserahkan kepada polis kira-kira pukul 1.45 pagi, sebelum dibawa ke Hospital Mukah untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE