GEORGE TOWN – Seramai 33 individu termasuk tiga doktor yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kartel pemalsuan tuntutan hilang upaya Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan dibawa reman di Mahkamah Majistret di sini, pagi ini.
Kesemua mereka akan diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang pada pukul 8.30 pagi nanti.
Terdahulu, media melaporkan tiga pegawai perubatan di Pulau Pinang yang masing-masing terdiri dua dari hospital kerajaan dan seorang pakar dari sebuah hospital swasta ditahan menerusi satu operasi semalam.
Individu lain yang ditahan dikatakan terdiri daripada orang awam dan pekerja swasta termasuk ‘runner’. – KOSMO! ONLINE