fbpx

[VIDEO] ‘Insya-Allah kahwin, Datuk Red versi paling terbaik sekarang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adira mengharapkan doa baik-baik daripada orang ramai agar hubungan dengan bekas suami, Datuk Red kembali ke jenjang pelamin.

KUALA LUMPUR – Tiada apa yang diharapkan penyanyi Adira selain doa yang baik-baik daripada orang ramai tentang hasrat bekas suaminya, Datuk Red untuk kembali memperisterikannya selepas Aidilfitri tahun depan.

Adira atau nama sebenarnya, Siti Adira Suhaimi, 33, bahkan memaklumkan, Datuk Red kini merupakan versi yang paling terbaik selepas mereka tidak lagi berstatus suami isteri sejak April tahun ini.

“Kalau doa yang baik-baik ini, saya aminkan sahaja. Ada jodoh, insya-Allah. Kalau tiada jodoh pun, saya akan tetap kehidupan sebagai ibu tunggal.

“Saya boleh cakap, versi Datuk Red yang sekarang adalah yang paling terbaik. Insya-Allah, dan saya percaya dia masih nak belajar lagi. Dia lebih santai dan pandai bergurau,” katanya kepada HibGlam usai sidang media program realiti, The Chosen One di sini, semalam.

Ditanya tentang sama ada diri pernah berasa sunyi kini berstatus ibu tunggal, pelantun lagu Ilusi itu berkata, dia terlampau sibuk dan tiada masalah ‘bermain’ dengan perasaan.

Adira terlibat sebagai coach atau jurulatih untuk program realiti kanak-kanak terbaharu, The Chosen One. – ASTRO

“Sebenarnya, saya terlampau sibuk bekerja. Tak sempat nak rasa benda-benda begitu (sunyi).

“Jarang di rumah. Contohnya, saya keluar siang anak-anak masih tidur dan saya balik malam waktu anak-anak dah tidur.

“Saya kalau ada masa di rumah, tak nak layan perasaan (sunyi). Saya layan benda-benda yang sihat sebab saya mahu terus bekerja,” katanya.

Terdahulu, Datuk Red atau nama lengkapnya, Adnan Abu, 47, mendedahkan menerusi siaran langsung TikTok bahawa dia ingin kembali bernikah dengan bekas isterinya itu selepas raya tahun depan.

Adnan dan Adira mendirikan rumah tangga pada 24 April berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Bagaimanapun ikatan perkahwinan sembilan tahun itu berakhir dengan perceraian pada 24 April lalu.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata, Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob yang kini berusia setahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI